[VIDEO] Pensyarah jadi rakan usahawan pertama miliki Malakat Grocer

0
562
HAFIZ SYAFIK

CYBERJAYA – “Terima kasih kepada Coach Fadzil dan team Malakat kerana beri saya semangat untuk memulakan perniagaan.”

Demikian kata Hafiz Syafik Abdul Manan, rakan usahawan Malakat yang kini bergelar pemilik outlet Malakat Grocer Kota Warisan.

INI DIA RAKAN USAHAWAN PERTAMA MALAKAT GROCER!

Beliau berkata, walaupun langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, khidmat nasihat dan dorongan yang diberikan oleh pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, benar-benar membakar semangat beliau.

Hafiz Syafik ditemui ketika majlis pembukaan outlet Malakat Grocer yang keenam itu, semalam.

“Saya memang mempunyai impian untuk memiliki perniagaan sendiri, namun tidak kesampaian kerana kekurangan bimbingan daripada individu dan kumpulan yang berwibawa,” kata Hafiz Syafik yang mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan.

Namun, segalanya berubah apabila anak sulung beliau mula belajar di Tadika Brainy Bunch Kota Warisan pada 2018.

“Dari situ, saya mula mengenali siapa Coach Fadzil. Saya kaji idea, fahaman, dan wawasan beliau.

“Apa yang dia sudah capai merupakan satu inspirasi bagi saya untuk meneruskan impian, terutamanya dalam menyokong gerakan membangunkan ekosistem ekonomi Muslim,” tambah Hafiz Syafik.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai di luar sana yang meyimpan impian untuk menjadi usahawan tetapi masih memendam perasaan kerana tiada bimbingan, supaya bertemu dengan team Malakat.

“Kepada mereka di luar sana yang ingin menjadi usahawan dan mempunyai sedikit dana, team Malakat mempunyai tawaran menarik buat anda.

“Anda boleh memiliki outlet anda sendiri,” kata Hafiz Syafik lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here