Wanita acu pisau di leher cuba terjun dari bumbung jejantas

0
98
Cubaan menyelamat wanita warga tempatan yang cuba membunuh diri dari bumbung jejantas Stesen Monorail di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

CYBERJAYA – Tindakan pantas pihak bomba berjaya mengagalkan cubaan seorang wanita membunuh diri dari bumbung jejantas Stesen Monorail di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 8.57 pagi itu, wanita warga tempatan itu turut meletakkan sebilah pisau pada leher untuk menghalang pihak bomba yang cuba menyelamatkannya.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Wan Hamizan Kamaruddin berkata, wanita yang berdiri pada ketinggian 9 meter itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

“Wanita itu diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa yang jelas mengalami tekanan perasaan itu ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here