YGMB sedia tambah hadiah kemenangan pada tahun hadapan

0
109

Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021

KOTA BHARU – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bersedia untuk menggandakan jumlah hadiah dalam Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan pada edisi akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, selaku penaja utama pertandingan tersebut, beliau menerima maklum balas positif semua pihak termasuk kontinjen negeri yang menyertainya.

Datuk Wan Munadi Wan Mamat ketika menjadi juri di pentas akhir Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021

Beliau berkata, rata-rata mereka menyatakan keterujaan dan berharap Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan ini diteruskan  dan dikekalkan sebagai acara tahunan.

“Saya hari ini saya menerima maklum balas positif daripada pihak dan kontinjen negeri, rata-rata menyatakan keturujaan dan berharap pertandingan ini diteruskan dan dikekalkan sebagai acara tahunan.

“Saya juga menerima pandangan positif dan cadangan supaya kita adakan satu lagi segmen bahasa Inggeris untuk pertandingan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyanpaian hadiah kepada pemenang.

Pahang muncul juara Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan 2021

Dalam pertandingan itu, Pahang muncul juara selepas berjaya menyekat dan mematahkan hujah pendepat Selangor di pentas akhir yang berlangsung di Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan.

Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Sabah dan Perak, hadiah kepada pemenang disampikan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin.

Selangor berpuas hati selaku naib johan Pertandingan Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Peringkat Kebangsaan

Perlawanan akhir pertandingan bahas itu diadakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu 2021 dan Pelancaran Tema Sambutan Hari Guru Ke-50 2021.

Selaku juara, Pahang membawa pulang hadiah berupa Piala Pusingan YGMB, wang tunai RM5,000 beserta medal dan sijil, Selangor (RM4,000, medah dan sijil), Sabah (RM3,000, medal dan sijil dan Perak (RM2,000, medal dan sijil).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here