1,139 kes baharu jangkitan Covid-19

0
31
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

CYBERJAYA – Sebanyak 1,139 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 354,468 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak mencatatkan angka tertinggi dengan 332 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 294 kes dan Johor sebanyak 102 kes.

“Seterusnya, Pulau Pinang (93 kes), Kuala Lumpur (84 kes), Sabah (60 kes), Kelantan (38 kes), Kedah (35 kes), Negeri Sembilan (30 kes), Perak (24 kes), Pahang (23 kes), Melaka (13 kes) dan Terengganu (10 kes).

“Dalam masa sama, Labuan mencatatkan satu kes baharu,” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.

Dalam pada itu katanya, Putrajaya dan Perlis pula tidak merekodkan kes baharu Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here