[VIDEO] 14 penumpang cedera selepas bas ekpres dinaiki terbabas di Terowong Menora

0
205
Keadaan bas ekspres yang terbalik akibat terbabas di bahu jalan

IPOH – Sebuah bas ekspres yang membawa penumpang dari Kulim, Kedah menghala ke Kuala Lumpur terlibat dalam satu kemalangan selepas terbabas ke bahu jalan di Kilometer 265, Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran Terowong Menora, dekat sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian awal pagi itu seramai 14 penumpang iaitu 11 lelaki dan tiga perempuan cedera.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada pukul 2.22 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang menghala dari Kulim ke Kuala Lumpur telah terbabas ke bahu jalan, tanpa melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penumpang yang cedera diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera dan memberi rawatan awal kepada mereka sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Shahrudi Muhamad Halil tamat pada pukul 4.39 pagi tadi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here