150,000 jemaah dibenarkan untuk menunaikan umrah dan solat di Masjidil Haram setiap hari sepanjang Ramadan

0
104
SOP dilaksanakan di Masjidil Haram bagi mengekakng penularan Covid-19

RIYADH – Sebanyak 150,000 jemaah dibenarkan menunaikan umrah dan juga solat setiap hari di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci berkata, daripada jumlah itu, 100,000 jemaah diizinkan untuk solat di Masjidil Haram, manakala 50,000 jemaah lagi dibenar menunaikan umrah.

Katanya, perkara berkenaan diputuskan sebagai sebahagian daripada rancangan meningkatkan kapasiti operasi.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Islam, Bimbingan dan Dakwah memberitahu, keizinan menunaikan umrah akan diberi kepada jemaah berusia 65 tahun dan ke atas, yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais berkata, inokulasi adalah syarat untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.

Selain itu, Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdullatid Al-Asheikh semalam mengeluarkan arahan, supaya mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak Covid-19 pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, perkara-perkara berkaitan solat tarawih dan qiyam di masjid akan diumumkan kelak.

Difahamkan, aktiviti pada bulan Ramadan di dalam masjid seperti iftar, sahur dan iktikaf akan ditangguhkan, sementara jumlah lokasi bagi solat Aidilfitri akan diperluaskan.

Pada masa sama, menurut laporan agensi, wakil Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdel Fattah Mashat berkata, jemaah yang ingin menunaikan umrah pada bulan Ramadan perlu meminta kebenaran melalui permohonan di aplikasi Tawakkalna.

Pada bulan Ramadan, permit akan diedarkan setiap minggu untuk jemaah haji dan individu yang ingin menunaikan solat di Masjidil Haram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here