20 kluster pendidikan dikesan di seluruh negara

0
111
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba

PUTRAJAYA – Kluster pendidikan Covid-19 yang melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah diseluruh negara mencatatkan peningkatkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, setakat ini 20 kluster pendidikan telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan.

“Didapati kluster melibatkan sektor pendidikan menunjukkan peningkatan dikaitkan jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial.

“Apabila terdapat kes positif dilaporkan di Pusat Kesihatan Daerah (KPD) melibatkan anak murid, guru dan pekerja sekolah, pasukan kesihatan akan digerakkan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalankan proses disinfeksi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Dr. Adham, untuk tujuan kawalan, kakitangan kesihatan akan membuat penilaian risiko dan kesihatan di sekolah terbabit jika perlu ditutup operasi sementara.

“Kakitangan kesihatan akan buat penilaian risiko dan kesihatan secara menyeluruh memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan sebaik mungkin.

“Untuk tujuan langkah-langkah kawalan, pegawai kesihatan daerah akan nasihatkan pengurusan sekolah untuk tutup sementara sama, ada kelas atau sekolah bergantung kepada penilaian dijalankan,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, selain langkah yang diambil kementeriannya, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here