20 sekolah di Pulau Pinang ditutup 2 hari

0
71
20 sekolah d Pulau Pinang ditutup kerana ada kes positif Covid-19

GEORGETOWN – Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup selama dua hari bermula hari ini ekoran terdapat kes positif Covid-19 dikesan di sekolah berkenaan. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pelajar di kesemua sekolah yang ditutup itu perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). 

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad

“Kesemua sekolah ini ditutup bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan. 

“Kemudian pihak sekolah akan menjalankan penilaian sama ada tindakan lain seperti meneruskan penutupan sekolah perlu dilaksanakan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Difahamkan sekolah yang ditutup ekoran terdapat kes Covid-19 itu melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan pulau dan Seberang Perai. 

Antara sekolah yang ditutup itu adalah  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mark dan SMK Kampung Kastam di Butterworth dekat sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here