200 ekor ayam dijual RM1 di Malakat Grocer Alam Damai

0
299
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berucap ketika majlis pembukaan Malakat Grocer Alam Damai hari ini

CHERAS – Sebanyak 200 ekor ayam dijual pada harga RM1 sempena pembukaan cawangan Malakat Grocer ke-7 di Alam Damai,  Cheras hari ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pada mulanya hanya 100 ekor ayam sahaja yang akan dijual pada harga RM1 sempena pembukaan itu.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim bersama pelanggan di Malakat Grocer Alam Damai hari ini

Bagaimanapun katanya, apabila melihat sambutan orang ramai terutamanya warga Alam Damai yang begitu menggalakkan jumlah ayam ditambah ke 200 ekor.

“Alhamdulillah, sambutan penduduk di sini begitu baik. Pada mulanya kita sediakan 100 ekor sahaja ayam untuk harga RM1, tetapi kita tambah jumlahnya.

200 ekor dijual pada harga RM1 di Malakat Grocer Alam Damai

“Apabila tengok beratur panjang, kita ikram 200 ekor ayam pada harga RM1,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune pada majlis pembukaan tersebut.

Menurut Mohd. Fadzil, respon masyarakat dan penduduk sekitar Alam Damai sangat baik dan rata-rata mereka teruja dengan pembukaan cawangan Malakat Grocer di sini.

Selain itu katanya, selain ayam RM1, promosi menarik sempena pembukaan hari ini ialah produk MyCoklat dan Kopi Cap Dua Daun juga dijual pada harga RM1.

“Kita sebenarnya lebih kepada untuk memperkenalkan lagi produk usahawan kita (Muslim) kepada orang ramai melalui tawaran istimewa dengan harga RM1 ini,” katanya.

Mengulas mengenai cawangan ke-7 Malakat Grocer itu, Mohd Fadzil berkata, cawangan berkenaan merupakan kombinasi kedai yang lengkap untuk pelanggan.

“Kami memohon kepada semua warga Alam Damai untuk menzahirkan sokongan anda dengan pindahkan perbelanjaan runcit anda ke Malakat Grocer Alam Damai.

“Antara keunikkan Malakat Grocer Alam Damai ini ialah kami mensasarkan kepada barangan keperluan harian basah atau fresh item.

Orang berbaris panjang untuk menunggu giliran berbelanja di Malakat grocer Alam Damai

“Kita tawarkan kepada pelanggan pelbagai barangan keperluan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan-barangan masakan yang utama.

“Untuk itu kami memohon agar usaha kami dalam menyediakan alternatif barangan yang sememangnya Halal lagi suci ini mendapat sokongan warga Alam Damai,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sempena pembukaan itu juga, sebanyak lebih 100 asnaf diberikan baucer pembelian di Malakat Grocer bernilai RM30 sebulan bagi tempoh setahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here