264,584 lengkap dos kedua vaksin Covid-19

0
43

KUALA LUMPUR – Seramai 264,584 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melengkapkan suntikan kedua dos vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 506,069 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini berjumlah 770,653.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 71,389 diikuti Sarawak (40,482), Perak (50,307), Sabah (46,202) dan Kuala Lumpur (44,925).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 32,258 individu, seterusnya Perak (26,662), Kuala Lumpur (26,635), Sarawak (25,615) dan Sabah (22,542).

Bagi jumlah pendaftaran program imunisasi itu pula adalah 7,769,449 atau 32 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,123,248 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 membabitkan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Datuk Seri Dr. Adham Baba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here