2,733 kes baharu Covid-19 dengan 11 kluster baharu dikesan hari ini

0
59
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Sebanyak 2,733 kes baharu positif COvid-19 direkodkan pada hari ini, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia ialah sebanyak 398,451 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 750 kes.

“Seterusnya diikuti oleh Kelantan sebanyak 484 kes, Sarawak (432 kes), Kuala Lumpur (377 kes), Johor (220 kes), Pulau Pinang (115 kes), Sabah (82 kes), Terengganu (61 kes), Kedah (51 kes), Negeri Sembilan (39 kes), Perak (38 kes), Pahang (35 kes) dan Melaka (33 kes).

“Putrajaya pula dengan 15 kes manakala, Perlis sebanyak satu kes dan Labuan tidak merekodkan kes baharu hari ini,” katanya dalam saru hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat 11 kluster baharu dikenal pasti hari ini dan dua kluster tamat menjadikan sebanyak 1,247 kluster ditamatkan sehingga kini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here