3,332 kes positif baharu Covid-19 hari ini

0
58

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

CYBERJAYA– Sebanyak 3,332 kes positif baharu Covid-9 direkodkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 404,925 kes.

Ketua Pekngarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes hari ini.

“Diikuti oleh Sarawak sebanyak 522 kes dan Kelantan sebanyak 401 kes, Kuala Lumpur (359 kes), Johor (207 kes), Pulau Pinang (158 kes), Sabah (131 kes), Negeri Sembilan (111 kes), Kedah (105 kes), Pahang (92 kes), Perak (91 kes) dan Melaka (43 kes).

“Negeri lain ialah Terengganu sebanyak 19 kes, Putrajaya dengan sembilan kes serta Perlis dengan satu kes,” katanya melalui ciapan Twitter di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, Labuan tidak merekodkan kes baharu hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here