4 individu terlibat kes pukul pekerja yang berpuasa ditahan polis

0
1130
Gambar dua lelaki yang tular dalam media sosial yang mendakwa dipukul majikan keraa berpuasa

CYBERJAYA – Sebanyak empat individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian dua lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikannya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

“Semua suspek akan direman di Mahkamah Klang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, dekat sini.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa dan lelaki itu juga mengambil pistol yang berada di pinggang seorang daripada dua mangsa dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

“Bagaimanapun, Polis Klang Selatan ingin menegaskan bahawa kes ini tidak membabitkan sebarang isu perkauman.

“Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang- undang,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here