474,213 individu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19

0
53
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Jumlah penerima vaksin Covid-19 di negara ini yang sudah melengkapkan dos kedua setakat semalam adalah sebanyak 474,213 individu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, seramai 757,547 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini kini berjumlah 1,231,760 dos.

Dr Adham melalui perkongsian maklumat di laman Twitter rasminya hari ini berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 102,801 individu, diikuti Kuala Lumpur (84,502), Johor (71,344), Sarawak (70,919) dan Sabah (63,001).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 tertinggi setakat ini pula ialah Selangor dengan 67,278, diikuti Perak (48,970), Sabah (44,191), Kuala Lumpur (43,776) dan Sarawak (42,326).

Mengenai jumlah individu yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata, setakat Rabu, seramai 9,148,332 atau 37.70 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar dengan Selangor kekal mencatatkan angka tertinggi sebanyak 2,392,758 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan

Fasa kedua yang bermula April hingga Ogos tahun ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya, manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here