5 daerah di Kedah dilaksanakan PKP

0
184
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Sebanyak lima daerah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lima daerah itu ialah Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan perkembangan terkini kes Covid-19 di kawasan berkenaan yang mencatatkan peningkatan kes.

“Dalam tempoh 14 hari sehingga semalam, KKM mengesahkan sebanyak 709 kes aktif direkodkan di kelima-lima daerah berkenaan selepas berlaku penularan jangkitan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP berkuat kuasa 1 Mei hingga 14 Mei ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan PKP itu bertujuan menyekat penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here