7 jajahan di Kelantan dikenakan PKP bermula lusa

0
123
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Sebanyak tujuh jajahan di Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuh jajahan tersebut adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di negeri ini dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan kesemua tujuh jajahan ini berada di dalam zon merah.

“Selain itu, terdapat juga sembilan kluster baharu telah dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PKP itu yang akan berakhir pada 29 April ini dibuat untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan
Covid-19 ke kawasan lain.

“Prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKP adalah sekatan jalan raya akan diadakan di semua sempadan daerah dan sempadan negeri.

“Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh kementerian atau agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP.

“Pelaksanaan PKP daerah-daerah ini akan mengikut SOP Am PKP yang dikemaskini pada 26 Februari 2021. SOP lebih lanjut boleh dirujuk melalui laman sesawang MKN,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here