Aiskrim Cremiu buat kemunculan di Malakat Grocer Alam Damai

0
229

CHERAS – Malakat Grocer Alam Damai menjadi pembuka langkah buat pembuat aiskrim tempatan, Sejuk Confectionery Sdn. Bhd. mendekati lebih ramai pelanggan dan memperkenalkan produk aiskrim mereka.

Aiskrim keluaran syarikat itu sebenarnya bukan ‘biashe-biashe’, tetapi diperbuat menggunakan bahan segar dengan teknologi daripada Jepun bagi menghasilkan aiskrim yang setanding dengan keluaran syarikat ternama.

Peti ais jualan aiskrim Cremiu di Malakat Grocer Alam Damai.

Menggunakan jenama Cremiu, aiskrim ini hadir dalam lima perasa iaitu Japonais Matcha, Biscuits et Creme, Berry Rouges, Belgian Caramel dan Classique Chocolate.

Menurut Pengarah Sejuk Confectionery, Eizanur Muhammad Ramse, sebelum ini, produk Cremiu hanya boleh dinikmati oleh pelanggan tempatan menerusi jualan atas talian sahaja.

“Kami mula memasarkan produk ini menerusi atas talian sejak bulan Ogos tahun lepas.

“Alhmadulillah, sambutan yang kami terima adalah amat menggalakkan,” kata Eizanur, hari ini.

Langkah untuk memasuki ruang jualan bukanlah satu keputusan yang tergesa-gesa, tetapi merupakan strategi yang dirancang bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap jenama Cremiu.

“Belum ramai lagi yang mengetahui mengenai kewujudan aiskrim premium Jepun buatan anak tempatan.

“Kami berharap, kemunculan kami di Malakat Grocer ini dapat menjadi titik tolak kepada perkembangan jenama kami,” tambah Eizanur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here