Aiskrim premium Jepun jenama Cremiu kini mendarat di Malakat Grocer Greenwood

0
291
Aiskrim Cremiu

GOMBAK – Penduduk di sekitar Gombak kini berpeluang untuk merasai sendiri keenakan aiskrim premium Jepun buatan tempatan, Cremiu yang boleh didapati di cawangan terbaharu Malakat Grocer di Taman Greenwood di sini.

Menurut Pengarah Sejuk Confectionery, Eizanur Muhammad Ramse, sebelum ini, produk Cremiu hanya boleh dinikmati oleh pelanggan tempatan menerusi jualan atas talian sahaja namun kini produk tersebut boleh diperoleh di Malakat Grocer Alam Damai, Cheras, selain di sini.

Katanya, istimewanya aiskrim itu dihasilkannya sendiri menggunakan bahan segar dengan teknologi daripada Jepun.

“Terdapat tujuh perisa aiskrim Cremiu iaitu Belgian Caramel, Berry Rouges, Classique Chocolat, Biscuit et Creme dan Japonais Matcha.

“Selain itu, terdapat juga aiskrim wafel citarasa Jepun iaitu Chocolate Monaka dan Matcha Monaka,” katanya kepada Malakat Tribune ketika majlis perasmian cawangan terbaharu Malakat Grocer di sini.

Antara perasa aiskrim Cremiu yang terdapat di Malakat Grocer

Dalam pada itu, Eizanur berkata, untuk perancangan masa hadapan, pihaknya akan meletakkan jenama aiskrim tersebut di seluruh outlet Malakat Grocer.

Ditanya bagaimana mendapat idea untuk menghasilkan jenama aiskrim sendiri, katanya, ia bermula ketika dia berada di Jepun.

Katanya, selepas tamat pengajian di negara Matahari Terbit itu dalam bidang kejuteraan, dia bekerja sebagai jurutera di negara itu.

Bagaimanapun, katanya, selepas tujuh tahun dia mula berasakan mahu mencari pengalaman dan angin baharu dengan menceburi bidang kulinari.

Aiskrim Cremiu

“Selepas beralih bidang saya menceburi bidang kulinari selama dua tahun dan kemudian beralih ke bidang makanan dan minuman (F&B) selama tiga tahun di Jepun.

“Selepas pulang ke Malaysia saya mendapat idea untuk menghasilkan aiskrim dan dari situ lahir jenama Cremiu,” ujarnya.

Eiznur berkata, dia berharap dengan kerjasama dengan Malakat Grocer itu dapat memperkenalkan lagi jenama Cremiu supaya sebaris dengan produk antarabangsa lain.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here