‘Ambil iktibar apa yang berlaku di India’ – Mohd. Fadzil

0
260
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dengan penularan Covid-19 di India dan perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Kata Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim, walaupun sudah lebih setahun penularan pandemik itu berlaku dalam negara, masih ada dalam kalangan rakyat yang masih mengambil pendekatan ‘tidak apa’ dalam kehidupan seharian mereka.

“Masih ramai yang mengambil pendekatan ‘takde apa-apa’, ‘tak payah buat apa-apa’, continue business like usual.

There’s no usual anymore. Yang ada kini, new norms yang dikenali sebagai The Great Reset yang pernah berlaku dalam 100 tahun dahulu,” kata Mohd. Fadzil menerusi Facebook Live di laman milik beliau, hari ini.

India kini berada dalam situasi meruncing dengan angka kes harian baharu melepasi 360,000, dengan lebih 3,200 kematian dalam sehari.

Beliau dalam masa yang sama, turut menekankan kepentingan meletakkan diri kita dalam satu ‘kesatuan’, yakni jemaah.

“Dalam konteks kita menjaga diri dan keluarga kita, perkataan bersedia ni bermaksud kita kena jaga bukan sekadar jaga amalan solat.

“Sebenarnya, sukar untuk jaga solat jika kita pilih hidup secara ‘lu lu, gua gua’,” tambah beliau.

Beliau menyeru mana-mana individu yang ingin menyertai jemaah, supaya menyertai mana-mana jemaah yang wujud di dalam komuniti, atau datang ke Malakat Mall untuk maklumat lanjut.

Dari aspek ekonomi, masa ini merupakan waktu terbaik bagi menjana ekonomi tempatan sebaik mungkin.

“Ini adalah untuk memastikan wang kita miliki kini berlegar dalam kalangan (komuniti) kita sendiri.

“Beli sama kita, bantu sama kita, kerana kita perlu bersedia sekiranya ekonomi menjadi lumpuh akibat situasi sekarang,” tambah Mohd. Fadzil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here