Angka kes baharu tunjuk trend peningkatan

0
40
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 di dalam negara menunjukkan trend peningkatan apabila sebanyak 3,788 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Angka ini merupakan angka kes baharu tertinggi sejak Isnin. Untuk rekod, bilangan kes baharu sejak Isnin (26 April) adalah:
26 April – 2,776 kes
27 April – 2,733 kes
28 April – 3,142 kes
29 April – 3,332 kes

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 408,713 kes.

Bagi angka kes mengikut negeri, Selangor melaporkan kes tertinggi dengan 1,265 kes, diikuti Sarawak dengan 760 kes, diikuti Kelantan dengan 464 kes.

Untuk rekod, jumlah kes baharu bagi ketiga-tiga negeri tersebut mewakili 62.7 peratus daripada angka kes baharu di dalam negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here