Apa rancangan Archbishop KL dalam video ‘Rebus Katak’

0
972
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Ketua Biskop (Archbishop) Kuala Lumpur, Julien Leow perlu tampil menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘Perancangan 25 Tahun’ seperti yang tular dalam satu rakaman suara baru-baru ini.

Di dalam video yang tular berkenaan, Julien didakwa menceritakan agenda 25 tahun untuk ‘merebus’ umat Islam seperti merebus katak.

Bagaimanapun, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Katolik mendakwa, suntingan rakaman pada 2014 itu adalah di luar konteks dan disebar untuk menghasut orang Islam.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya yang menyifatkan rakaman terbabit adalah tulen dan diungkapkan oleh Archbishop Kuala Lumpur.

Justeru Aminuddin mendesak supaya Julien menjelaskan apakah maksud sebenar ucapan tersebut atau apakah kemungkinan ucapan itu diambil sebagai luar konteks.

“Kalau mereka mengatakan rakaman itu diambil di luar konteks, maka apakah konteks sebenarnya? Puas saya memikirkan kemungkinan konteks dan sisi baik dari ucapan ‘rebus katak’ sedemikian.

“Kita mahu tahu juga apa perancangan 25 tahun yang sebenar dari ucapan yang kononnya mengikut konteks itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pendedahan media mengenai rakaman yang didakwa perancangan 25 tahun Archbishop terhadap umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Aminuddin turut mempersoalkan adakah kemungkinan maklumat itu disalurkan oleh pengikut ajaran Katolik yang tidak menyenanginya.

“Yang merakam audio ucapan beliau ini dikatakan adalah ahli gereja dan pastinya penganut Katolik. Yang hadir ke gereja biasanya bukan calang-calang, pastinya penganut yang benar-benar tegar dan komited,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya penyebaran rakaman itu adalah kerja ‘orang dalam’, maka hasil konflik dalaman mereka saling memecahkan tembelang masing-masing.

“Sehinga kini, saya belum dengar Archibishop KL tampil dengan kenyataan rasmi dan membuat laporan polis dalam isu ini.

“Selepas sekian lama ianya tular, hanya NGO Katolik sahaja yang tampil,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here