AS tangguhkan pemberian vaksin J&J berikutan komplikasi pembekuan darah

0
167

WASHINGTON – Agensi kesihatan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) mencadangkan penangguhan pemberian vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) selepas 6 wanita berumur di bawah 50 tahun mengalami komplikasi pembekuan darah.

Menurur Reuters, berikutan itu, firma J&J turut mengumumkan penangguhan edaran vaksin keluarannya itu di Eropah.

Sementara itu, menurut pihak Pentadbiran Makanan dan Perubatan AS (FDA), seorang penerima vaksin telah meninggal dunia akibat komplikasi itu, manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal.

Kata Pemangku Pesuruhjaya FDA, Janet Woodcock, penangguhan pemberian itu adalah bertujuan bagi menyediakan maklumat kepada penyedia penjagaan kesihatan supaya mereka dapat mendiagnosis, merawat dan melaporkan komplikasi pembekuan darah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here