AS undurkan kesemua anggota tenteranya dari Afghanistan sebelum September

0
114
JOE BIDEN

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden akan mengundurkan kesemua tentera AS dari bumi Afghanistan sebelum 11 September 2021.

Menurut The Guardian, perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang anggota kanan pentadbiran beliau.

Biden dijangka akan mengumumkan pengunduran itu secara rasmi pada Rabu (waktu tempatan).

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 2,500 anggotya tentera AS fdi Afghanistan bersama kira-kira 7,000 anggota tentera lain daripada negara anggota Pakatan Atlantik Utara (NATO).

Difahamkan, pengunduran itu akan bermula pada 1 Mei ini, tarikh yang telah dipersetujui oleh pentadbiran Trump bersama puak Taliban.

Pada ketika ini, pihak AS masih menjalankan rundingan dengan kerajaan Afghanistan mengenai aturan keselamatan di Kedutaan AS.

Sejak AS menyerang Afghanistan pada tahun 2001, kira-kira 800,000 anggota tenteranya sudah sekurang-kurangnya berkhidmat selama sekali di negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here