Australia siasat lelaki alami masalah pembekuan darah selepas terima vaksin AstraZeneca

0
85

SYDNEY – Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat laporan di mana seorang lelaki mengalami masalah trombosis dan kekurangan platlet darah setelah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Reuters, lelaki tersebut difahamkan mengalami komplikasi itu setelah beberapa hari menerima suntikan vaksin keluaran AstraZeneca.

“Belum ada sebarang bukti kukuh mengaitkan vaksin itu adalah punca kepada komplikasi yang dialami oleh lelaki itu.

“Siasatan sedang dijalankan,” kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Australia, Michael Kidd.

Sementara itu, setakat semalam, Britain mengesahkan sebanyak 30 laporan berkenaan komplikasi yang sama berikutan penggunaan vaksin itu.

Setakat ini, beberapa buah negara seperti Kanada, Perancis, Jerman dan Sepanyol sudah mengurangkan pemberian vaksin keluaran firma berkenaan kepada rakyat mereka berikutan kewujudan komplikasi yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here