Ayam RM1 seekor sempena pembukaan Malakat Grocer Alam Damai dan Gombak

0
3460
Ayam RM1 seekor antara promosi sempena pembukaan cawangan baharu Malakat Grocer

CYBERJAYA – Pelbagai promosi hebat menanti pelanggan sempena pembukaan cawangan Malakat Grocer di Alam Damai, Cheras dan di Gombak pada Sabtu ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, promosi hebat itu termasuk ayam seekor yang dijual pada harga RM1 di kedua-dua cawangan berkenaan.

“Alhamdulillah, kami tawarkan promosi jualan ayam seekor RM1 sempena pembukaan dua cawangan Malakat Grocer di Alam Damai dan Gombak.

“Ayam berkenaan terhad untuk 100 ekor, turut dijual pada harga RM1 ialah produk MyCoklat dan juga Kopi Cap Dua Daun,” katanya dalam live di Facebooknya hari ini.

Pelbagai produk usahawan Muslim boleh didapati di Malakat Grocer

Menurut Mohd Fadzil, sempena pembukaan dua cawangan baharu Malakat Gocer itu juga, pihaknya akan memperkenalkan aiskrim Monaka atau Cremiu Japan Inspired Ice Cream.

“Jemput datang sebab Sabtu, sempena pembukaan dua cawangan baharu kita  ini juga kita akan lancar aiskrim buatan halal dari usahawan MARA, aiskrim ini bukan boleh lawan rasa aiskrim berjenama malah, lebih baik,” katanya.

Pembukaan Malakat Grocer di Alam Damai, Cheras dan Gombak pada Sabtu ini merupakan cawangan ketujuh dan kelapan selepas cawangan utamanya di Cyberjaya, Masjid Tanah, Melaka; Taman Putra Perdana, Puchong; Taman Kosas; Pandan Mewah dan terbaharu Kota Warisan.

Pembukaan pasar raya itu merupakan projek strategik dan berimpak tinggi yang bertujuan menyatukan kuasa ekonomi umat Islam di negara ini secara berpusat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here