Ayob Khan amal surah Yasin ayat kesembilan sebagai pendinding

0
376
Datuk Ayob Khan

KLUANG – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan beliau sentiasa mengamalkan bacaan ayat pada surah Yasin dan Kursi sebelum keluar rumah sebagai benteng daripada terkena sihir.

Beliau berkata, ini kerana tidak dapat dinafikan amalan sihir masih berlaku pada kehidupan masyarakat hari ini.

“Insya-Allah, surah Yasin ayat kesembilan itu pendinding. Kalau nak keluar rumah pun baca, Insya-Allah selain daripada ayat Kursi.

“Tetapi nak kena yakin, memanglah benda-benda mistik tu ada bukan tak percaya tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya.

“Kita jangan angkuh, tapi kita yakin Allah tu ada, InsyaAllah,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis INTAN Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di INTAN Kampus Wilayah Selatan, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, tidak menafikan kemungkinan ada pihak yang tidak suka dan boleh melakukan apa sahaja termasuk sihir kepadanya.

Namun baginya, soal rezeki hidup dan mati bukan ditentukan oleh manusia melainkan Allah SWT namun sekiranya ketakutan terhadap makhluk menguasai diri, seseorang itu tidak dapat melakukan kerjanya.

“Bagi sayalah, kita jangan angkuh, jangan cakap besarlah. Paling penting, kita buat kerja ikhlas. Kalau kita buat kerja ikhlas kerana Allah taala, tuan-tuan jangan bimbang.

“Orang akan buat tuan-tuan, orang akan atur, orang akan sekat, tapi kalau Allah dah tentukan wahai Ayob kamu akan mati jam 12.05 minit sakit jantung ketika memberi syarahan di INTAN kluang, saya akan matilah.

“Allah yang tentukan, wahai Ayob kamu akan pencen sampai KP Johor kamu tak boleh pergi lagi atas, pencen KP Johorlah.

“Jadi rezeki hidup mati kita bukan manusia yang tentukan tapi Allah yang tentukan. Kalau tuan-tuan takut makna tuan-tuan takkan dapat kerja,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here