Ayuh Bangkit 11.0 bakal temui penduduk Melaka esok

0
130
Coach Fadzil

CYBERJAYA – Penduduk di Melaka khususnya di sekitar Masjid Tanah berpeluang mendapat rahsia formula perniagaan daripada Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim menerusi program Ayuh Bangkit yang akan diadakan esok.

Menurut Mohd Fadzil, program itu yang kini memasuki siri ke-11 akan diadakan di Malakat Mall Masjid Tanah, Melaka pada pukul 7 pagi esok.

“Tiga perkara perkara yang anda akan dapat ialah rahsia dalam mengatasi masalah dan membina kejayaan bisnes, ‘CF Magic Formula’ dalam meningkatkan jualan dan keuntungan secara strategik serta efektif.

“Selain itu, usahawan juga akan diberikan suntikan inspirasi dan motivasi untuk terus berjuang dalam perniagaan anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program Ayuh Bangkit yang diadakan di Malakat Mall Masjid Tanah tahun lalu

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, program selama satu jam itu hanya terhad kepada 50 usahawan sahaja.

Lebih istimewa, katanya, program tersebut dibuat secara percuma berbanding caj minimum sekitar RM150 dikenakan oleh penceramah perniagaan lain.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk tambah ilmu dan tingkatkan prestasi bisnes anda.

“Klik link di bawah untuk mendaftar,
http://bit.ly/DaftarAyuhBangkit11,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here