Azlan ganti Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis

0
126
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

CYBERJAYA – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis bagi menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan itu berkuat kuasa hari ini.

“Dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis.

“Pertukaran ini berkuat kuasa, hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shahidan atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, sebab Azlan dilantik menggantikan Shahidan yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) tidak dijelaskan dalam kenyataan itu.

UMNO dijadualkan mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di ibu pejabat parti itu esok.

Antara agenda yang dijangka menarik perhatian termasuk isu penangguhan pemilihan, susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here