Badan dunia gesa negara-negara hentikan penjualan hidupan liar di pasar

0
60
GAMBAR HIASAN

GENEVA – Beberapa badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) menggesa supaya penjualan haiwan liar di pasar dihentikan.

Menurut Reuters, gesaan tersebut dikeluarkan berikutan wujudnya ancaman aktiviti itu mampu menjadi sumber lebih kepada 70 peratus penyakit berjangkit yang mengancam manusia.

Gesaan tersebut itu juga merupakan antara kesimpulan kepada misi WHO ke Wuhan, China bagi menyiasat asal virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, dan juga bertujuan untuk memastikan sistem makanan global kekal selamat dan mampan.

WHO, Pertubuhan Antarabangsa bagi Kesihatan Haiwan (OIE), dn Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) dalam satu kenyataan bersama menggesa negara-negara “supaya menghentikan perdagangan haiwan liar yang ditangkap terutamanya mamalia, bagi tujuan dijadikan bahan makanan atau pembiakan.

“(Pada masa yang sama), bahagian pasar yang menjual haiwan berkenaan perlu ditutup sebagai satu langkah kecemasan kecuali terdapat peraturan yang berkesan dan penilaian risiko yang mencukupi,” kata kenyataan itu.

Gesaan ini bukanlah perkara baharu namun situasi semasa dunia yang sedang bergelut dengan penularan Covid-19 membuatkannya menjadi lebih mustahak sekarang.

“Gesaan ini bukanlah baharu, namun penularan Covid-19 telah membawa perspektif baharu kepada pentingnya ancaman sebegini ditangani dengan efektif,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here