Bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan dibawa ke Bufet Ramadan

0
96
Bufet Ramadan-Gambar Fail

CYBERJAYA –  Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan tatacara operasi piawai (SOP) bagi majlis berbuka puasa dan sahur sepanjang Ramadan ini.

Arahan berkenaan dikeluarkan selepas kerajaan membenarkan penganjuran majlis berbuka puasa seperti bufet di hotel, restoran dan premis makanan dengan piawaian ketat.

Menurut garis panduan itu, operasi perniagaan dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam atau mengikut syarat lesen bagi kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sementara bagi hotel, restoran atau kedai makanan yang menyediakan juadah sahur boleh melanjutkan operasi perniagaan sehingga pukul 6 pagi.

“Jumlah individu yang hadir dihadkan kepada 50 peratus daripada kapasiti ruang dewan atau hotel manakala 100 peratus untuk restoran dan kedai makan,” kata MKN di Twitter.

Kehadiran tetamu atau pelanggan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula tertakluk kepada saiz keluasan ruang dan penjarakan fizikal.

Antara SOP yang dinyatakan oleh MKN ialah  kehadiran tetamu dalam kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan.

Berikut antara SOP am majlis bufet berbuka puasa dan sahur:

1. Menandakan laluan keluar dan masuk untuk pelanggan

2. Mendaftarkan kehadiran melalui aplikasi MySejahtera dan memeriksa suhu badan

3. Penganjur atau pekerja perlu menjalani saringan kesihatan dan bebas gejala

4. Penganjur, pekerja dan tetamu diwajibkan memakai pelitup muka

5. Memastikan tetamu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter

6. Kehadiran tetamu dalam kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan

7. Penyediaan makanan sama ada bungkus, hidang atau bufet hanya diseliakan oleh pramusaji

8. Memperbanyak tempat hidangan bufet bagi mengelak pelanggan berkumpul di satu tempat sahaja

9. Tetamu digalakkan membawa kelengkapan solat sendiri untuk solat di surau atau tempat majlis bufet Ramadan dianjurkan

10. Pembersihan dan sanitasi mesti dilakukan sebelum dan sesudah majlis berbuka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here