PICK: Bekalan vaksin Covid-19 untuk fasa 2 mencukupi

0
42
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

PUTRAJAYA- Kerajaan yakin akan mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekaligus mencapai sasaran 80 peratus penduduk divaksinkan sebelum akhir tahun ini.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bekalan vaksin bagi PICK juga dijangka akan lebih stabil mulai Jun depan.

Beliau berkata, keadaan itu selaras dengan pelaksanaan program imunisasi fasa kedua yang bakal dilaksanakan secara besar-besaran.

Bagaimanapun katanya, permintaan mendapatkan vaksin di negara ini pada ketika ini berada pada tahap lebih tinggi berbanding penawaran kerana bekalan yang diterima rendah.

“Buat masa ini, permintaan melebihi penawaran. Banyak syarikat farmaseutikal memilih negara kaya dengan alasan yang jelas,” katanya.

Menurutnya, ada negara kaya lain yang membeli bekalan vaksin sehingga lima kali ganda penduduknya.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong negara mengimbangi bekalan vaksin daripada negara pengeluar lain seperti China.

“Apa yang paling penting, negara akan mempunyai cukup bekalan untuk mencapai sasaran 80 penduduk divaksinkan sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Khairy berkata, PICK dalam proses akhir fasa pertama sebelum memulakan fasa kedua yang melibatkan warga emas dan individu mempunyai penyakit kronik pada minggu hadapan.

“Saya tahu semua ingin mendapatkan vaksin masing-masing dan kami akan berusaha agar bekalan tiba dengan lebih cepat.

“Sementara itu, tolong patuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here