[VIDEO] Beli kelengkapan raya dan menang Campervan bernilai RM200,000 di Malakat Mall

0
336
Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA – Berita gembira buat orang ramai apabila anda berpeluang memenangi Campervan bernilai RM200,000 dalam kempen beli dan menang di Malakat Mall.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, Campervan yang dibawa khas dari luar negara itu merupakan hadiah cabutan bertuah utama untuk pelanggan.

ADA SESAPA NAK CAMPERVAN?

Beliau berkata, kempen melalui cabutan bertuah itu akan berlangsung sehingga akhir Ramadan dan pemenang atau cabutan bertuah akan dibuat pada awal Syawal nanti.

“Malakat Mall akan melancarkan satu kempen pindah belanja raya ke Malakat Mall, kalau beli di tempat lain pelanggan hanya dapat barang yang mereka beli sahaja.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

“Tetapi, di Malakat Mall kita akan tawarkan kelainan pada tahun ini. Kita tawarkan lebih daripada itu iaitu hadiah cabutan bertuah lumayan berupa Campervan,” katanya.

Menurut Mohd. Fadzil, Campervan yang sangat cantik itu bernilai RM200,000 di bawa khas dari luar negara dan boleh ditarik oleh kenderaan atau kereta 1,000cc.

Kakiktangan butik pakaian BySerra, Nor Atikah Shahira Nor Azhar menunjukkan antara koleksi pakaian yang dijual di Butik BySerra di Malakat Mall.

“Syaratnya ialah pelanggan perlu berbelanja RM1,000, dalam resit berlainan pun boleh. Anda akan dapat satu borang untuk menyertai cabutan bertuah yang dianjurkan.

“Namun, hanya pembelian untuk kelengkapan atau persiapan raya sahaja diambil kira. Untuk kempen ini, ia tidak termasuk untuk pembelian di Malakat Grocer.

Pelbagai koleksi menarik di Anak Jantan di Malakat Mall

“Kalau datang ke Malakat Mall dan beli kelengkapan raya untuk satu keluarga anda berpeluang untuk membawa pulang Campervan berkenaan,” katanya.

Jadi katanya, uar-uarkan mengenai perkara ini kepada rakan-rakan dan keluarga untuk pindah belanja ke Malakat Mall sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pelbagai pilihan raya sedondon di karnival raya Malakat Mall

“Kita ada karnival raya menawarkan pilihan baju raya sedondon… Kita juga ada pelbagai tawaran lain seperti baucar dan sebagainya yang menanti pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, untuk hadiah cabutan bertuah, pelbagai hadiah lain turut ditawarkan kepada pelanggan dan ia akan diumumkan semasa pelancaran nanti.

Pelbagai pilihan raya sedondon di karnival raya Malakat Mall

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here