Brazil: Angka pesakit Covid-19 di bawah 40an semakin bertambah

0
44
GAMBAR HIASAN

RIO DE JANEIRO – Penularan Covid-19 di Brazil semakin membimbangkan dengan angka jangkitan dalam kalangan individu berumur bawah 40 tahun semakin bertambah.

Menurut Reuters, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan Rawatan Rapi Brazil (AMIB), data hospital menunjukkan majoriti pesakit yang sedang dirawat berada dalam kumpulan umur tersebut.

Laporan tersebut menyebut, pada ketika ini, 52 peratus katil di unit rawatan rapi (ICU) diisi oleh pesakit berumur 40 tahun dan ke bawah, iaitu pertambahan sebanyak 16 peratus jika dibandingkan pada tempoh Disember dan Februari lalu.

Setakat ini, pakar perubatan belum menemukan sebarang jawapan tentang pertambahan kadar ini, namun sebahagian dariapda mereka berpendapat penularan Covid-19 dengan varian P1 yang ditemukan di bandar Manaus mungkin menjadi punca.

Antara faktor lain yang mungkin mempengaruhi pertambahan ini adalah program vaksinasi yang diadakan bagi kumpulan umur yang lebih tua, dan sikap golongan muda yang tidak mengendahkan sangat keperluan divaksin.

Sementara itu, menurut badan kesihatan awam Fiocruz, pertambahan ini secara langsung membebankan sistem kesihatan awam Brazil kerana pesakit yang lebih muda umumnya menerima rawatan yang lebih lama.

Pada ketika ini, Brazil mempunyai kadar kematian kedua tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat (AS), dengan lebih daripada 350,000 individu telah kehilangan nyawa akibat pandemik itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here