Brazil rekod lebih 400,000 kematian akibat Covid-19

0
127
Situasi di hospital kerajaaan di Brazil yang teruk dilanda Covid-19.

RIO DE JANEIRO – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Brazil semalam melepasi angka 400,000 menjadikan kes di negara itu sebagai kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.


Kementerian Kesihatan Brazil semalam melaporkan sebanyak 3,001 kematian akibat penularan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di negara itu.


Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 401,186.


Pertubuhan-pertubuhan kesihatan dunia meletakkan Brazil dan India sebagai dua negara yang berdepan situasi paling buruk akibat penularan wabak itu.


Situasi itu berlaku ketika negara berkenaan sedang bergelut untuk memastikan bekalan vaksin mencukupi dan dakwaan Presiden Jair Bolsonaro yang dikatakan telah memburukkan lagi pandemik itu.


Dengan jumlah penduduk seramai 212 juta orang, negara Amerika Selatan itu juga mempunyai salah satu angka kematian tertinggi dalam pandemik itu, pada kadar 189 kematian per 100,000 penduduk, yang terburuk di Amerika dan salah satu daripada 15 teratas di seluruh dunia.


Walaupun telah melepasi puncak gelombang baharu, jumlah kematian harian tetap tinggi, secara purata 2,526 sejak minggu yang lalu, berada di belakang India.


Pakar menyalahkan lonjakan terbaru sebahagiannya pada virus ‘varian Brazil’, mutasi yang muncul di atau sekitar hutan hujan Amazon, bandar Manaus pada Disember tahun lalu.


Dikenal sebagai P1, virus itu boleh menjangkiti semula individu yang mengalami strain virus asal dan mungkin lebih mudah menular.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here