Bubur lambuk Chan Mari Chan laris di Malakat Mall

0
96
Pekerja Chan Mari Chan, Nur Diana Syafieqah Khairul Anuar mengagihkan bubur lambuk kepad pelanggan di Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA- Bubur lambuk percuma yang diedarkan oleh Restoran Chan Mari Chan di Malakat Mall di sini hari ini mendapat sambutan hangat para pelanggan.

Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk yang diedarkan kepada orang ramai di hadapan pintu masuk Malakat Mall itu habis dalam tidak sampai sejam.

Selain di hadapan pintu masuk Malakat Mall, bubur lambuk itu juga turut diedarkan di hadapan Restoran Chan Mari Chan di pusat beli belah itu.

Penyelaras Dapur Restoran Chan Mari Chan, Mohd Taufik Mohd Fadzil

Penyelaras Dapur Restoran Chan Mari Chan, Mohd Taufik Mohd Fadzil berkata, bermula Jumaat lalu sebanyak 200 bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai.

Beliau berkata, agihan dibuat bermula pukul lima petang sehingga habis diedarkan dan program itu akan berterusan sehingga akhir bulan ini.

“Alhamdulillah, sambutan amat baik…200 bekas bubur lambuk yang disediakan sekejap sahaja habis. Memang begitu suasananya sejak Jumaat lalu,” katanya.

Bubur lambuk Chan Mari Chan

Restoran Chan Mari Chan di Malakat Mall merupakan cawangan restoran Cina Muslim terkenal, Mohd Chan yang menampilkan konsep baharu sajian fusion Kantonis dan pelbagai pilihan citarasa masakan Melayu.

Sebelum ini, Pengurus Restoran Mohd Chan, Khairuddin Hanuddin dilaporkan berkata, bubur lambuk itu diedarkan secara percuma kepada orang ramai pada pukul 5 petang bermula Jumaat lalu sehingga 30 April.

Menurut Khairuddin, pihaknya mengedarkan 200 bungus bubur lambuk sehari namun, jika program mendapat sambutan pihaknya akan menambah sehingga ke 500 bungkus sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here