Bunch-Oh tawar pakej berbuka, bersahur sepanjang Ramadan

0
130
Pelanggan boleh memilih pelbagai menu menarik yang ditawarkan di Restoran Bunch-Oh, Malakat Mall.

CYBERJAYA – Pelbagai menu hidangan bercitarasa timur dan barat ditawarkan kepada pelanggan dalam pakej berbuka puasa dan bersahur di Restoran Bunch-Oh, Malakat Mall, di sini.

Bersempena Ramdan kali ini, pengurusan restoran menawarkan aneka sajian dan juadah kepada pelanggan termasuk tawaran tambahan tanpa bayaran (free flow) bagi Ice Leman Tea dan kurma secara percuma.

Antara menu utama yang menanti pelanggan bagi pakej berbuka puasa adalah Set Prawn Aglio Olio yang dihidangkan untuk 2 hingga 3 orang pada harga RM49.50

Selain itu, Set Grilled Chicken Chop dan Set Nasi Lemak Telur Mata untuk kapasiti hidangan dan harga yang sama juga boleh dinikmati.

Setiap set didatangkan bersama set kuih-muih tempatan sebagai pencuci mulut.

Selain set berbuka puasa, pelanggan juga boleh mendapatkan menu-menu utama Bunch-Oh yang mengetengahkan pelbagai aneka pilihan. Antaranya citarasa Barat, Jepun, Arab dan Nusantara.

Sepanjang Ramadan ini, restoran Bunch-Oh yang terletak di aras G pusat beli belah Malakat Mall akan mula beroperasi pada pukul 6 petang untuk pakej berbuka puasa manakala pakej sahur bermula dari 3 hingga 6 pagi.

Sebagai keselesaan pelanggan, pihak pengurusan turut menyediakan ruang solat yang bersih dan selesa. -MT

Antara menu utama di Restoran Bunch-Oh sempena Ramadan kali ini.
Restoran Bunch-Oh mula dibuka pada pukul 6 petang sepanjang Ramadan tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here