Celcom, Digi sah bergabung

0
114
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Malaysia, Celcom dan Digi akan menggabungkan operasi kedua-dua syarikat dengan dinamakan Celcom Digi Bhd.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Axiata Bhd, Datuk Izzaddin Idris berkata, penggabungan itu bagi mempercepatkan proses digitalisasi sejajar dengan aspirasi negara untuk mentransformasikan Malaysia menjadi masyarakat digital.

“Ia akan menghasilkan sinergi yang hebat dengan entiti penggabungan ini, juga dapat menarik minat global dan mewujudkan perkongsian global.

“Selain itu, kedua-dua Axiata dan Telenor juga ingin mengumumkan pusat inovasi berkelas dunia di Malaysia.

“Pusat inovasi ini, menerusi gabungan ini, akan dapat menarik ekosistem Axiata dan Telenor sekali gus memanfaatkan kedua-dua syarikat,” katanya yang memetik laporan Astro Awani hari ini.

Mengulas lanjut, Izzaddin berkata Telenor dan Axiata masing-masing akan akan memegang 33.1 peratus saham dalam Celcom Digi Berhad.

Dalam perkembangan sama, Izzaddin berkata pihaknya akan melindungi pekerja mereka dan tidak akan berlaku pemecatan secara paksaan.

“Kami akan melindungi kesejahteraan pekerja dan kami akan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi menerusi pusat inovasi kami.

“Kami juga akan mengadakan program sokongan peralihan sekiranya terdapat keperluan untuk melatih semula pekerja dalam entiti gabungan ini,” katanya,

Dengan gabungan ini, Celcom Digi Berhad akan kekal disenarai awam di Bursa Malaysia dan bakal menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here