Covid-19: 2,078 kes harian baharu, 8 kematian

0
41
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,078 kes baharu penularan virus Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 8 lagi kematian di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 377,132 orang.

Beliau berkata, pengesanan kes baharu itu melibatkan 13 kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

“Sebanyak 8 kematian termasukawarganegara akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia adalah 1,386,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,402 kes direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kini 355,224 kes.

“Jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 228 termasuk 93 yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 589 kes diikuti Selangor (457), Kelantan (290), Kuala Lumpur (153), Sabah (125) dan Johor (115).

Sementara itu, Perak (43); Negeri Sembilan (91); Melaka (27); Pulau Pinang (91); Kedah (48); Pahang (32); Perlis (1); Terengganu (8); Putrajaya (2) dan Labuan (6).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here