Covid-19: 40 petugas kesihatan dikesan positif walaupun telah terima dua dos vaksin

0
366
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Sebanyak 40 petugas kesihatan disahkan positif Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu paparan di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti dalam jangka masa kurang dua minggu, manakala selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Dalam paparan yang sama, Dr. Noor Hisham turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

“Kesemua mangsa yang dijangkiti, bagaimanapun, tidak mempunyai simptom yang teruk,” kata Dr. Noor Hisham.

Insiden jangkitan ini, tambah Dr. Noor Hisham, jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu masih boleh dijangkiti Covid-19.

“Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini (masih) wujud dalam komuniti.

“Oleh itu, saya menyeru supaya kita semua terus patuh pada SOP yang telah diwujudkan bagi terus mengekang penularan Covid-19,” kata beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here