Covid-19: 56 peratus kes positif di Kelantan libatkan pelajar sekolah menengah

0
84
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 56 peratus iaitu 259 daripada 464 pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Kelantan adalah daripada kalangan pelajar sekolah menengah.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin, jumlah kes positif selebihnya adalah melibatkan guru, kakitangan sekolah, murid sekolah rendah, kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun dan individu lain berusia 19 tahun ke atas.

Tambah Dr. Zaini, angka itu adalah berdasarkan ujian Covid-19 yang dilakukan dalam tempoh dua minggu iaitu antara 3 hingga 16 April lepas.

“Seramai seramai 111 orang iaitu 24 peratus yang dikesan positif adalah murid sekolah rendah berumur antara tujuh hingga 12 tahun.

“Bagi kanak-kanak berusia kurang daripada tujuh tahun, ada seramai lapan orang (dua peratus), manakala 86 orang (19 peratus) pula adalah individu berusia lebih 19 tahun (termasuk guru dan kakitangan sekolah),” kata Dr. Zaini kepada Bernama.

Kota Bharu mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu 189 kes, diikuti Tumpat (113), Tanah Merah (55), Pasir (36), Machang (20), Bachok (17), Pasir Puteh (15), Kuala Krai (8), Jeli (7) dan Gua Musang (4).

Mengulas lanjut, Dr. Zaini berkata, hasil kajian yang dilakukan mendapati jangkitan pantas yang berlaku di sekolah adalah disebabkan pelbagai faktor, antaranya ia mudah tersebar terutamanya di asrama.

“Pihak sekolah juga dilihat ada yang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, berdasarkan situasi semasa di Kelantan termasuk kewujudan kluster baharu, pihak JKNK menjangkakan kes positif Covid-19 pada minggu ini berkemungkinan mencecah antara 200 hingga 300 kes sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here