Covid-19: Angka kes aktif semakin menaik

0
52

GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Jumlah kes aktif Covid-19 di dalam negara kembali menaik apabila angka kes baharu terus melebihi bilangan kes sembuh.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pada ketika ini terdapat sebanyak 16,696 kes aktif di seluruh negara, dengan 204 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 79 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Pada hari ini, sebanyak 1,889 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, melibatkan 1,883 kes penularan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.

Bagi kes mengikut negeri, Selangor mencatat angka kes baharu tertinggi dengan 517 kes, diikuti Sarawak dengan 489 kes, dan Kelantan dengan 226 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 365,829 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,485 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih kepada 347,780 kes.

Bagi kes kematian akibat pandemik ini pula, sebanyak 8 laporan baharu diterima di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 1,353 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here