Covid-19: Angka kes baharu kembali melebihi angka kes sembuh

0
27

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 di dalam negara kembali melebihi angka kes sembuh pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 1,349 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, melibatkan 1,342 kes penularan tempatan dan 7 kes import.

Sarawak melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 419 kes, diikuti Selangor dengan 343 kes, dan Pulau Pinang dengan 185 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 350,959 kes.

Bagi kes sembuh, sebanyak 1,270 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan angka kes yang telah sembuh kepada 335,162 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 14,509 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 186 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (IU) dengan 94 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kematian turut naik kepada 1,288 kes apabila 2 lagi kematian akibat pandemik ini dilaporkan di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here