Covid-19: Angka kes sembuh sedikit melebihi kes baharu

0
21

CYBERJAYA – Angka kes sembuh kembali melebihi angka kes baharu Covid-19 hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 1,412 kes dilaporkan sebagai telah pulih daripada pandemik ini, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah pulih kepada 337,868 kes.

Bagi kes baharu pula, sebanyak 1,300 kes dilaporkan di seluruh negara, dengan 1,276 kes akibat penularan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.

Bagi kes mengikut negeri pula, Sarawak mencatat kes harian tertinggi dengan 385 kes, diikuti Selangor dengan 242 kes, dan Kelantan dengan 126 kes.

Secara keseluruhannya, sebanyak 353,329 kes jangkitan pandemik ini telah dilaporkan di Malaysia.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 4,161 kes aktif di seluruh negara, dengan 189 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 88 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 5 lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik ini kepada 1,300.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here