Covid-19: Fasiliti hospital dan pusat kuarantin penuh, Kelantan kini berhadapan tekanan

0
186
Dr Izani

CYBERJAYA – Situasi kes Covid-19 di Kelantan terus meruncing apabila kadar kebolehjangkitan atau Ro/RT di negeri itu hari ini adalah yang tertinggi di seluruh negara iaitu dengan 1.44.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, angka itu melebihi kadar RT nasional iaitu 1.15 sahaja.

“Kes harian bagi negeri Kelantan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu sebanyak 662 kes dan merupakan kes harian tertinggi di Malaysia pada hari ini, menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 10,199 kes.

“Kes sedang menunggu melebihi 3,000 kes dan kes aktif adalah sebanyak 3,493 kes,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Lebih membimbangkan katanya, apabila fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) telah penuh manakala jumlah kakitangan kesihatan pula tidak mencukupi.

Selain itu, katanya, terdapat pertambahan satu lagi kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadi sebanyak 31 kluster aktif di negeri Kelantan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here