Covid-19: Filipina tarik balik penggantungan vaksin AstraZeneca

0
55
Mario Rosario Vergeire

MANILA – Filipina menarik kembali penggantungan yang dikenakan ke atas vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca dan akan memulakan kembali program pemberian itu kepada golongan di bawah 60 tahun.

Penarikan kembali itu diumumkan oleh Setiausaha Kesihatan Filipina, Mario Rosario Vergeire hari ini, lapor Reuters.

“Kelebihan (pemberian vaksin AstraZeneca) adalah melebihi risiko yang dihadapi.

“Hanya golongan kecil sahaja yang terlibat dengan risiko tersebut,” kata Vergeire dalam satu sidang akhbar.

Vaksin keluaran AstraZeneca berdepan tentangan hebat dari negara-negara Eropah akibat kewujudan komplikasi pembekuan darah dalam kalangan penerimanya.

Vergeire menambah, sebagai langkah tambahan, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan dalam penggunaan vaksin berkenaan.

Untuk rekod, penggunaan vaksin tersebut digantung sejak 8 April lalu.

Filipina menerima sebanyak 525,600 dos menerusi program COVAX, dengan lebih 900,000 dos lagi dijangka tiba pada Mei atau Jun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here