Covid-19: Jepun mungkin berdepan gelombang keempat

0
98

TOKYO – Jepun berdepan kemungkinan dilanda gelombang keempat penularan Covid-19.

Menurut The Guardian, penularan tersebut didalangi oleh varian yang ditemukan di Britain pada tahun lepas.

Buat masa ini, bandar Osaka merupakan bandar yang paling teruk terjejas, kata profesor di Universiti Kesihatan dan Kebajikan Antarabangsa Tokyo, Koji Wada.

Varian Covid-19 itu yang dikenali sebagai B1.1.7 adalah lebih cepat dijangkiti, dan berkemungkinan mempunyai daya tahan terhadap vaksin yang wujud pada ketika ini.

“Gelombang keempat ini dijangka akan lebih besar.

“Kita perlu memulakan perancangan bagaimana untuk menangani masalah ini (sekiranya ia berlaku),” kata Wada yang merupakan salah seorang penasihat pandemik kepada kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here