Covid-19: Jumlah kes aktif menurun, angka kes sembuh sedikit melebihi kes baharu

0
39

CYBERJAYA – Jumlah kes aktif Covid-19 yang masih aktif di dalam negara sedikit menurun apabila angka kes sembuh sedikit melebihi angka kes baharu pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), angka kes sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,442 kes, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 kepada 332,443 kes.

Bagi kes positif baharu pula, sebanyak 1,294 kes dilaporkan di seluruh negara, yang mana 1,268 kes melibatkan penularan tempatan, manakala selebihnya adalah kes import.

Negeri Selangor merekodkan angka kes tertinggi dengan 455 kes, diikuti Sarawak dengan 217 kes, dan Pulau Pinang dengan 139 kes.

Pada ketika ini terdapat sebanyak 14,246 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 168 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 78 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 5 laporan baharu mengenai kematian akibat pandemik ini dilaporkan diseluruh negara, menjadikan angka keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 kepada 1,283 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here