Covid-19: Kes harian terus meningkat naik

0
36
Tan Sri Dr Noor Hisham

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan turun apabila sebanyak 1,767 kes baharu dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 363,949 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 607 kes.

Katanya, tiga lagi negeri turut melaporkan pertambahan kes baharu tiga angka ialah Selangor dengan 483 kes diikuti Kuala Lumpur (132) dan Sabah (117).

Negeri lain mencatatkan pertambahan kes dua angka iaitu Pulau Pinang (92); Johor (74); Kedah (39); Perak (36); Negeri Sembilan (29); Melaka (17); Pahang (14) dan Terengganu (13).

“Dua negeri lain ialah Putrajaya dengan tujuh kes baharu serta Labuan tiga kes. Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu selepas semalam terdapat dua kes baharu dilaporkan.

Bagaimanapun, katanya, Labuan yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu semalam, mencatatkan dua kes baharu hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif di Labuan ialah sebanyak 2,414 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here