Covid-19: Kes semakin meningkat, seluruh Lahad Datu dikenakan PKP

0
75
Sabah Malaysia Map in grey

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa esok sehingga 24 April ini susulan pertambahan kes Covid-19 di daerah itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 103 kes positif telah direkodkan dalam tempoh 14 hari di daerah terbabit.

Selain itu, katanya, terdapat 49 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

“KKM memaklumkan berlaku peningkatan mendadak kes postif harian dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa 11 April sehingga 24 April
2021.

“Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular ke kawasan lain,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, Tawau dan di Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad
Datu, Sabah.

Katanya, ia berikutan pertambahan kes Covid-19 di kawasan itu.

Ismail Sabri berkata, PKPD di kawasan itu akan bermula esok sehingga 24 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here