Covid-19: Penjara, kuarters kakitangan Sri Aman kena ‘total lockdown’

0
79
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan, Sri Aman, Sarawak bermula esok berikutan peningkatan kes Covid-19 di lokaliti itu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPD itu akan dilaksanakan sehingga 21 April
ini.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 482 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 289 kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan 279 orang tahanan, lapan petugas penjara dan dua ahli keluarga kakitangan penjara.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti tersebut dalam tempoh tujuh hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, prosedur operasi standars (SOP) PKPD di penjara ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan PKPD di Kampung Serpan Laut, Asajaya, Bahagian Samarahan.

Katanya, ia berikutan terdapat lima kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti ini.

Berikutan itu, katanya, PKPD di kawasan itu akan bermula esok sehingga 21 April ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here